Biasiswa SC untuk memupuk pelajar cemerlang bagi pasaran modal
1 Julai 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam menganugerahkan biasiswa kepada sembilan pelajar cemerlang di Malaysia. Anugerah biasiswa ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SC dalam membangunkan himpunan bakat dalam pasaran modal Malaysia, dan bagi membolehkan pemegang biasiswa yang baru ini melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang utama.

Sembilan penerima biasiswa tersebut ialah Chai Kien Poon, John Ling Chee Ern, Lee Thean Ming, Mohd Arif Ismail, Muhammad Azim Che Mokhtar, Noah Azlan Ngah, Nur Syahira Mahmud, Raja Shah Irshad Raja Abdul Halim dan Sara Irina Md. Rijaluddin. Mereka akan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pasaran modal.

“Saya berasa gembira dipilih sebagai salah seorang penerima biasiswa ini,” kata Raja Shah Irshad. “Saya juga sangat teruja kerana berupaya melanjutkan pelajaran di UK dan mempunyai peluang untuk bekerja dengan SC selepas menamatkan pengajian.”

Para penerima biasiswa tersebut dipilih daripada permohonan yang diterima dari seluruh negara. Mereka dinilai dengan teliti berdasarkan kriteria yang meluas, termasuk rekod prestasi akademik, penyertaan kokurikulum, kualiti kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, kebolehan antara perorangan, personaliti, keyakinan diri dan latar belakang keluarga.

Biasiswa yang diberikan bagi tahun ke-13 ini meliputi elaun sara hidup pelajar, yuran tiusyen dan bayaran lain yang berkaitan bagi pra-universiti, ijazah tempatan dan ijazah luar negara dan pelbagai bidang seperti undang-undang, ekonomi, kewangan, perniagaan dan pengurusan.

SC percaya dalam memupuk bakat-bakat muda yang pada suatu hari nanti akan memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan dan pembangunan pasaran modal Malaysia. Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar berkata, “Malaysia sentiasa memerlukan bakat untuk merealisasikan visi kita, lebih-lebih lagi pada masa ini; kerana bakat yang kita bina hari ini akan membantu kita menghadapi masa yang mencabar ini.”

Pengarah Urusan SC, Dato’ Dr Nik Ramlah Nik Mahmood telah menyampaikan biasiswa kepada lima penerima tersebut dalam satu majlis ringkas di SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup