Datuk Ishak Ismail gagal dalam cubaan menghalang SC daripada mengambil kenyataannya
2 November 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Ishak Ismail untuk menghalang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) daripada mengambil kenyataannya berhubung dengan satu siasatan belum selesai ke atas Kenmark Industrial Corporation Bhd (Kenmark). Datuk Ishak adalah antara mereka yang diberi notis bawah s.134 Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) berhubung dengan siasatan SC ke atas Kenmark. Seksyen 134 memberi kuasa kepada SC untuk menyoal orang yang secara munasabah dipercayai mempunyai maklumat yang relevan mengenai perkara yang sedang disiasat.

SC sedang giat melakukan siasatan mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap undang-undang sekuriti di Kenmark, terutama berhubung dengan cara bekas-bekas ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan pemegang saham utamanya menguruskan hal ehwal Kenmark yang membawa kepada kejatuhan harga sahamnya pada bulan Jun 2010.

Berdasarkan bukti yang ada, pada 16 Jun 2010 SC telah memulakan prosiding sivil dan memperoleh satu injunksi terhadap Datuk Ishak, menghalangnya daripada berurusan dengan RM10.2 juta, jumlah hasil daripada penjualan 58.7 juta saham-saham Kenmark. Wang tersebut telah dibekukan sementara menunggu keputusan prosiding sivil SC terhadapnya. Dalam prosiding yang sama, SC juga telah mendapat perintah mengarahkan Datuk Ishak memberi butiran lengkap asetnya, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, dalam tempoh empat hari daripada tarikh perintah itu dikeluarkan. Ini merupakan kes pertama yang SC membuat permohonan bagi menghalang pengurusan dengan hasil tunai daripada penjualan saham. Datuk Ishak kemudiannya memohon untuk mengetepikan injunksi tersebut dan pada 26 Julai 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa injunksi itu dikekalkan tetapi mengubah syarat-syarat penzahiran asetnya. Dalam prosiding sivil terhadap Datuk Ishak, SC mendakwa bahawa dia telah melakukan kesalahan dagangan orang dalam dan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan ketika membeli dan kemudiannya menjual saham-saham Kenmark dalam bulan Jun 2010. Kes ini sedang menunggu perbicaraan.

Berkaitan dengan siasatan belum selesai ke atas Kenmark, pada 17 September 2010, Datuk Ishak memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas dasar ex-partes, bagi menghalang SC daripada merekodkan kenyataannya. Pada 23 September 2010, hakim, Yang Arif Mohd Zawawi Bin Salleh, memerintahkan supaya perkara ini didengar antara pihak (inter parties) tetapi membenarkan pengekalan interim ke atas Notis s134 SC sementara menunggu keputusan perbicaraan antara pihak. Apabila perkara itu dikemukakan untuk perbicaraan antara pihak hari ini, Hakim telah menolak permohonan Datuk Ishak dan memerintahkannya membayar kos sebanyak RM10,000 kepada SC. Akibatnya, pengekalan interim ke atas Notis s134 SC menjadi luput. Percubaan Datuk Ishak bagi penangguhan sementara menunggu rayuan secara lisan tidak dipertimbangkan oleh Hakim.

Dengan penolakan permohonan Datuk Ishak itu, percubaannya untuk menghentikan SC daripada merekodkan kenyataannya di bawah seksyen 134, gagal. Dalam pengemukaan SC kepada mahkamah, SC menyatakan bahawa perintah interim itu telah menghalang SC daripada mendapatkan bukti-bukti dalam perkara mengenai Kenmark daripada Datuk Ishak yang relevan dengan siasatan SC.

Perlindungan pelabur dan memastikan pasaran yang teratur, adil dan telus merupakan aspek penting dalam peranan SC sebagai pengawal selia pasaran modal Malaysia. Tiada tolenrasi terhadap tindakan yang melemahkan keyakinan pelabur dan SC akan mengambil semua langkah yang perlu dalam melindungi integriti pasaran.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup