FIKRA EXCEL SC Anjur Program Hackathon bagi Memperluas Saluran Bakat Fintech Islam

Terbuka untuk permohonan global, menangi hadiah wang tunai berjumlah RM37,500

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 27 Februari 2024

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), akan menganjurkan Varsity Hackathon (VHACK) dari 27 Februari hingga 20 April 2024.

VHACK1  bertujuan mengembangkan saluran bakat teknologi kewangan (fintech), merangsang kreativiti dan pemikiran kritis pelajar, serta membangunkan kemahiran digital dalam kalangan pelajar dan golongan profesional muda, khususnya dalam bidang fintech Islam.

Inisiatif FIKRA Excel SC, salah satu komponen utama FIKRA ACE2 , bermatlamat untuk memupuk pembangunan bakat & inovasi dalam pasaran modal Islam dan fintech Islam melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

VHACK edisi 2024 akan dijalankan secara hibrid. Pasukan yang terdiri daripada satu hingga empat orang ahli akan menghadiri bengkel secara maya yang disampaikan oleh pakar dalam industri. Hari pitching terakhir akan diadakan di USM pada 20 April, dan para pemenang akan dipilih oleh panel hakim.

Mahasiswa tempatan dan antarabangsa, terutamanya golongan muda yang meminati bidang fintech, digalakkan mendaftar mulai hari ini hingga 17 Mac 2024 di https://vhackusm.com/register.

Untuk maklumat lanjut tentang FIKRA ACE - Excel dan VHACK, sila layari https://www.sc.com.my/fikra-ace/excel. Untuk pertanyaan, sila salurkan ke [email protected].


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

1VHACK merupakan program sedia ada yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Sains Komputer Universiti Sains Malaysia. VHACK 2024 diadakan dengan kerjasama FIKRA ACE - Excel SC.
2FIKRA telah dilancarkan pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada inisiatif SC untuk meningkatkan ekosistem ICM. Sebagai kesinambungan, SC kini menganjurkan FIKRA ACE, satu inisiatif tiga tahun untuk memudahkan pembangunan fintech Islam melalui pendekatan berstruktur. Inisiatif ini akan mengenal pasti syarikat dengan penyelesaian fintech untuk memupuk, mengembangkan dan berhubung dengan ekosistem ICM dalam pelbagai segmen. FIKRA ACE juga berhasrat untuk menyokong ruang fintech Islam melalui pembinaan kapasiti dan pembangunan saluran bakat untuk industri. FIKRA ACE terdiri daripada tiga komponen iaitu FIKRA ACE - Accelerator, FIKRA ACE - Circle dan FIKRA ACE - Excel.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup