Individu didenda dalam kes menggelapkan dana Kiara Emas
10 November 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperoleh sabitan ke atas Dato’ Tan Hooi Chong kerana bersubahat dengan Kiara Emas Asia Industries Berhad (KEAIB) dalam menggelapkan hasil terbitan hak berjumlah RM16,937,739.20 antara 16 Disember 1996 dan 31 Disember 1996.

Tan mengaku bersalah bawah seksyen 32(6) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA) yang dibaca bersama seksyen 40 dan seksyen 109 Kanun Jenayah. Tan juga mengaku menyalahgunakan hasil terbitan hak itu untuk kepentingan peribadinya.

Ketika menjatuhkan hukuman denda RM600,000 ke atas Tan, Mahkamah Sesyen mengambil kira kepentingan umum. Mahkamah berpendapat bahawa hukuman berat adalah perlu bagi mengekalkan keyakinan pelabur, walaupun kesalahan tersebut adalah yang pertama dilakukan oleh Tan.

Seksyen 39A SCA memperuntukkan hukuman penalti sehingga RM1 juta atau hukuman lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pada masa kesalahan tersebut dilakukan, Tan bertanggungjawab ke atas operasi perniagaan dan hal ehwal kewangan KEAIB dan anak syarikatnya. Dia sepatutnya dibicarakan bersama dengan bekas Akauntan KEAIB, Tan Kam Sang dan Juruaudit Luarnya, Ravandaran Thangeveloo yang telah memberikan maklumat palsu kepada SC berkaitan dengan hasil terbitan hak tersebut selepas disalahgunakan oleh Tan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 11 Januari 2010 bagi sebutan kes ke atas dua tertuduh itu.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup