Kad Skor SC Q3: 23 cadangan korporat dipertimbangkan
27 Oktober 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Commission Malaysia (SC) mempertimbangkan 23 permohonan bagi cadangan korporat dalam Q3, yang mana lapan adalah cadangan ekuiti dan 15 cadangan Sekuriti Hutang Swasta (PDS).

Daripada lapan permohonan bagi cadangan ekuiti yang dipertimbangkan, tiga diluluskan (mengandungi dua IPO dan satu tawaran saham) manakala lima ditolak disebabkan tidak mematuhi Garis Panduan Ekuiti SC (iaitu tiga IPO, satu cadangan penstrukturan semula dan satu cadangan pemindahan dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama).

Dua IPO yang diluluskan pada suku tahun tersebut dijangka mempunyai potensi permodalan pasaran tergabung sebanyak RM190.10 juta dan akan menjana dana berjumlah RM59.03 juta.

Semua 15 permohonan bagi cadangan PDS yang dipertimbangkan dalam Q3 telah diluluskan. Jumlah dana yang perlu dijana daripada terbitan PDS denominasi ringgit yang diluluskan dalam Q3 ialah RM15.9 bilion.

Dua puluh permohonan bagi penubuhan skim pelaburan kolektif baharu telah diluluskan dalam Q3, 13 daripadanya adalah bagi dana unit amanah dan tujuh bagi dana borong.

Statistik Pasaran Modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan sebab. Selain petunjuk kad skor tersebut, statistik penyerahan suku tahunan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun ketiga 2011 turut dilaporkan.

Sila klik di sini untuk melihat siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup