Kerangka Kerja Pengauditan Malaysia Setanding dengan Piawaian Global
31 Mac 2011   |   Kuala Lumpur
Kerangka kerja pengauditan di Malaysia adalah setanding dengan amalan terbaik global yang semua piawaian pengauditan dan etika antarabangsa telah diguna pakai, disokong oleh kerangka kerja pengawalseliaan yang kukuh.

“Keseluruhannya, kualiti ekosistem pelaporan kewangan adalah kukuh memandangkan firma audit Malaysia secara umumnya mengamalkan mekanisme kawalan, dasar, prosedur, sistem dan infrastruktur yang baik, bagi melaksanakan piawaian dan menanamkan prinsip pengauditan yang berkualiti,” kata Nik Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) ketika mengeluarkan Laporan Tahunan pertama AOB.

Isu yang dihadapi oleh firma audit di Malaysia tidak jauh berbeza dengan isu yang dihadapi oleh pasaran utama lain seperti Singapura, Australia dan UK, yang berkaitan dengan keperluan pembaikan berterusan dalam pendokumentasian bukti yang diperoleh dan dalam menyatakan secara jelas asas bagi pertimbangan profesional yang dilakukan.

Bagaimanapun, isu khusus utama bagi juruaudit Malaysia sebahagian besarnya berkaitan dengan pelaksanaan piawaian dan prosedur dan bagaimana firma audit meletakkan harga terhadap perkhidmatan mereka.

“Juruaudit tidak harus menerima sesuatu berdasarkan nilai lahirnya sahaja kerana pelaporan kewangan termasuk juga mengamalkan pertimbangan profesional – ada keperluan untuk berbahas dan mencabar tanggapan pihak pengurusan, terutama dalam bidang seperti menentukan nilai yang adil, merosakkan aset dan usaha berterusan” nasihat Nik Hasyudeen.

Memandangkan terdapatnya kekurangan bakat, tenaga kerja pengauditan yang sudah berumur yang banyak rakan kongsi kanan mengundur diri daripada profesion tersebut, peningkatan dalam transaksi rentas sempadan dan tekanan fi audit yang dihadapi oleh banyak firma audit, AOB melihat bahawa firma audit perlu meletakkan harga yang bersesuaian bagi perkhidmatan mereka, untuk menarik bakat berkualiti tinggi supaya dapat mengekalkan keyakinan pelabur dan pasaran modal terhadap profesion audit.

Melalui amalan tahunan pemeriksaan amalan pengauditan di negara ini, AOB sedang berusaha untuk membina asas yang kukuh bagi meningkatkan profesionalisme di kalangan juruaudit di negara ini.

“AOB berada dalam urusan membentuk permintaan bagi pengauditan berkualiti. Pemeriksaan audit, yang menilai kualiti amalan audit yang dijalankan oleh firma audit, membentuk asas bagi kerja-kerja yang kami lakukan,” tegas Nik Hasyudeen.

Pada akhir setiap pemeriksaan, AOB mengeluarkan laporan pemeriksaan yang menunjukkan kekurangan yang dikenal pasti semasa pemeriksaan dilakukan dan firma audit perlu mengemukakan pelan pemulihan untuk kelulusan AOB dan pemantauan pelaksanaannya.

Pada tahun 2010, AOB menjalankan enam pemeriksaan tetap ke atas Empat Firma Audit Besar dan dua firma besar dengan lebih daripada 10 rakan kongsi, dan satu pemeriksaan khas ke atas salah satu daripada firma tersebut.

“Firma audit dipilih menurut pendekatan berasaskan risiko kerana mereka, secara kolektif, mengaudit 73% Entiti Kepentingan Awam (PIE), atau kira-kira 93% daripada keseluruhan permodalan pasaran yang dimiliki oleh pelanggan tersenarai awam mereka,” kata Nik Hasyudeen.

Pada tahun 2011, AOB akan memperdalam peranan pemantauannya dan mengembangkan liputannya bagi memasukkan firma lain dan meningkatkan bilangan kerja-kerja pengauditan yang dikaji. Pengawal selia tersebut juga berhasrat untuk memasukkan industri dikawal selia yang lain termasuk perbankan dan insurans.

AOB ditubuhkan pada tahun 2010 bagi mengawasi juruaudit PIE, melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit PIE.

Sejumlah 83 firma audit dan 310 juruaudit telah berdaftar dengan AOB pada 31 Disember 2010.

AOB juga telah mengeluarkan lima surat amaran kepada firma audit kerana gagal mendaftar pada masanya sejak penubuhan AOB pada 1 April 2010.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup