Kes manipulasi pasaran Fountain View: SC berjaya mendapatkan sabitan
5 Februari 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan Dato’ Chin Chan Leong dan Hiew Yoke Lan kerana penglibatan mereka dalam manipulasi saham-saham Fountain View Development Bhd.

Ini merupakan sabitan kedua bagi manipulasi pasaran yang berjaya diperoleh pihak pendakwaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dato’ Chin, 57, bekas pengarah Fountain View, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu di bawah seksyen 84(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana mewujudkan penampilan dagangan aktif yang mengelirukan bagi saham-saham Fountain View di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Securities Bhd) melalui sekurang-kurangnya 20 akaun CDS yang dimiliki oleh tertuduh melalui syarikat-syarikat yang dikawalnya.

Hiew, 48, bekas remisier, turut mengaku bersalah kerana bersubahat dengan Dato’ Chin dalam melakukan kesalahan tersebut dan dengan itu telah melakukan kesalahan bawah seksyen 84(1) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Hiew bertanggungjawab melaksanakan dan menyampaikan pesanan bagi penjualan dan pembelian saham-saham tersebut, pada masa tersebut, kepada beberapa firma broker saham. Kesalahan itu dilakukan di antara 18 November 2003 dan 20 Januari 2004.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM1.3 juta (atau 13 bulan penjara) serta satu hari penjara di bawah seksyen 888 Akta yang sama terhadap Dato’ Chin manakala Hiew didenda RM1 juta (atau 10 bulan penjara).

SC telah bertindak secara proaktif dalam kes tersebut dan kes manipulasi pasaran yang lain (seperti manipulasi, penipuan pasaran dan perdagangan orang dalam) kerana aktiviti yang seumpama ini merosakkan keyakinan pelabur dan memburukkan reputasi pasaran modal Malaysia. SC akan terus berwaspada dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melindungi pelabur dan mengekalkan pasaran modal yang adil dan teratur.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup