Larian `ScamBuster’ InvestSmart® SC sasar tingkat kesedaran mengenai skim pelaburan tidak sah
23 Ogos 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali lagi mempelawa penyertaan orang ramai dalam `Larian ScamBuster’ pada 14 Oktober 2018 sempena acara tahunan InvestSmart® Fest 2018.

Larian amal ini dengan hashtag #RunFromScams, dianjurkan untuk kali kedua untuk untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai skim pelaburan tidak sah. Semua kutipan daripada larian tersebut akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Larian santai sejauh 6 km yang dijangka menarik penyertaan kira-kira 3,000 pelari akan bermula pada jam 7 pagi di sekitar Kuala Lumpur City Centre. Pendaftaran bagi Larian ScamBuster kini dibuka kepada orang dewasa dengan bayaran sebanyak RM50 dan kanak-kanak berumur dari 7 hingga 12 tahun sebanyak RM25, melalui Ticket2u, RaceXAsia and Howei.

Acara InvestSmart® Fest tahun ini, yang bermula dari 12-14 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akan mengumpulkan institusi-institusi pasaran modal termasuk persatuan, penggiat industri dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung. Dilancarkan pada 2014, InvestSmart® merupakan kempen celik pelaburan komprehensif di bawah inisiatif pemerkasaan pelabur SC bagi menggalakkan penglibatan pelabur runcit yang berkeyakinan dan bermaklumat dalam pasaran modal.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup