Lembaga Pemantauan Audit Batal Pendaftaran Juruaudit Buat Pertama Kali
2 Disember 2015   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah membatalkan pendaftaran firma audit Wong Weng Foo & Co serta Rakan Kongsi Pengurusan, Wong Weng Foo dan Rakan Kongsi nya, Abdul Halim Husin berkuat kuasa mulai 2 Disember 2015.

Pembatalan itu adalah di bawah seksyen 31Q(1)(a)(B) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) kerana gagal untuk kekal layak dan sesuai untuk mengaudit entiti kepentingan awam.

The SCMA memberikan AOB kuasa untuk membatalkan pendaftaran juruaudit jika juruaudit berkenaan melanggar syarat pendaftaran yang dikenakan oleh AOB di bawah seksyen 31O (3) SCMA.

Wong Weng Foo & Co, Wong Weng Foo dan Abdul Halim Husin telah didapati gagal mematuhi piawaian pengauditan ketika melaksanakan tugasan audit ke atas dua entiti tersenarai awam. Di samping itu, Wong Weng Foo & Co gagal melaksanakan amalan audit dengan jujur, cekap dan teliti apabila ia gagal melaksanakan tindakan pemulihan seperti yang dilaporkan kepada AOB, susulan hasil pemeriksaan yang lalu.

Wong Weng Foo & Co juga telah gagal untuk memastikan bahawa individu yang menjalankan audit terhadap penyata kewangan entiti awam tersenarai bagi pihak firma audit adalah bertauliah, cukup terlatih dan cekap.

Ini merupakan kali pertama AOB menggunakan kuasanya untuk membatalkan pendaftaran juruaudit. Tindakan AOB terhadap juruaudit ini adalah bukti kepada komitmennya untuk meningkatkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit bagi entiti kepentingan awam. Ia juga merupakan satu peringatan yang jelas kepada profesion dan pasaran bahawa sebarang ketakpatuhan kepada peraturan dan piawaian tidak akan ditoleransi.

AOB telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2010, untuk mengawasi juruaudit entiti kepentingan awam, melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan yang teraudit bagi entiti kepentingan awam. Pengawal selia audit bebas ini menjalankan pemeriksaan tahunan bagi memastikan firma audit mematuhi keperluan Piawaian Antarabangsa Kawalan Kualiti 1, Piawaian Pengauditan Antarabangsa dan Undang-Undang Kecil MIA yang berkaitan (Mengenai Etika Profesional, Tatalaku dan Amalan).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup