Mahkamah Rayuan Penjara Bekas Pengarah Kerana Kemuka Kenyataan Palsu kepada Bursa Saham
26 Mac 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan, pada Jumaat, 23 Mac 2018, menolak rayuan oleh bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE), Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, terhadap sabitannya kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa) pada 2007 .

Pada tahun 2012, Alan, 62, telah dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan didenda sebanyak RM1.2 juta selepas disabitkan oleh Mahkamah Sesyen dengan empat pertuduhan dengan sengaja membenarkan pkenyataan palsu oleh LFE ke Bursa. Rayuan Alan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 28 November 2016, dan dia seterusnya membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Kenyataan palsu tersebut adalah berkaitan dengan pembelian yang direka kira-kira RM119 juta yang dibuat oleh LFE International Ltd, sebuah anak syarikat LFE, dalam kesemua empat suku tahun keputusan kewangan tidak teraudit bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2007.

Tiga panel hakim yang terdiri daripada Hakim Dato' Abang Iskandar Abang Hashim, Dato' Abdul Rahman Sebli dan Datuk Yaacob Hj Md Sam mendapati bahawa tiada merit dalam rayuan yang difailkan oleh Alan, dan bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan kes ini tanpa keraguan yang munasabah.

Alan diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara dengan segera. Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 122B Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, kedua-duanya membawa hukuman denda maksimum sebanyak RM3 juta dan penjara sehingga 10 tahun.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup