Mahkamah tinggi mengekalkan sabitan untuk pengumuman mengelirukan
17 September 2015   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan oleh dua bekas pengarah bebas Transmile Group Berhad terhadap sabitan dan hukuman mereka atas kesalahan secara sedar memberi kuasa untuk mengemukakan pernyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia pada 2007.

Shukri Sheikh Abdul Tawab, 51, dan Jimmy Chin Keem Feung, 50, telah didapati bersalah pada 2011 oleh Mahkamah Sesyen di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Industri Sekuriti 1983 untuk secara sedar memberi kuasa untuk mengemukakan pernyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia pada 2007 di dalam ‘Penyata Kewangan Tidak Beraudit yang disatukan untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2006’ Transmile Group Berhad.

Maklumat yang mengelirukan itu berkenaan dengan pendapatan tidak beraudit Transmile Group Berhad yang telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk suku keempat 2006 dan juga kesemua empat suku terkumpul bagi tahun 2006.

Shukri dan Chin pada ketika itu adalah ahli Jawatankuasa Audit dan pengarah bebas Transmile Group Berhad, telah didakwa pada November 2007. 11 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh memilih memberi keterangan bersumpah.

Hakim Yang Arif Dato’ Mohd Azman bin Husin di dalam mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, menyatakan bahawa pendakwaan telah membuktikan intipati-intipati kesalahan dan kedua-dua perayu telah gagal mewujudkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Yang Arif Hakim telah mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Shukri dan Chin iaitu penjara selama satu tahun dan denda RM300,000 (atau enam bulan penjara jika gagal bayar).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup