Majlis Penasihat Syariah SC kemas kini senarai sekuriti patuh Syariah
31 Mei 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai kemas kini itu berkuat kuasa mulai 31 Mei 2010.

Senarai tersebut memaparkan sejumlah 847 sekuriti patuh Syariah yang mengandungi 88 peratus daripada 960 sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini mewakili 63 peratus daripada keseluruhan jumlah permodalan pasaran. Ia mengandungi 12 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan mengeluarkan tiga sekuriti daripada senarai terdahulu yang dikeluarkan pada November 2009. Senarai ini juga menunjukkan bahawa sekuriti patuh Syariah mewakili semua sektor dalam industri (klik di sini untuk melihat jadual – pdf).

Senarai penuh sekuriti patuh Syariah dikemas kini dua kali setahun dan boleh diperolehi di sini. Senarai ini juga diterbitkan dalam buku kecil yang boleh diperoleh daripada SC dari 14 Jun 2010. Senarai kemas kini seterusnya akan disediakan pada bulan November 2010.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup