Malaysia dan India bersetuju meningkatkan kerjasama pasaran modal
20 Januari 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Suruhanjaya dan Bursa India (SEBI) hari ini menandatangani satu perjanjian yang akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dan mengenal pasti peluang rentas sempadan pada masa akan datang melalui pasaran modal.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut yang diadakan di New Delhi, disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh.

“Perjanjian Kerjasama Pasaran Modal India – Malaysia” ditandatangani oleh Pengerusi SC,Tan Sri Zarinah Anwar, dan Pengerusi SEBI, Encik C.B. Bhave, pada hari pertama lawatan rasmi Dato’ Sri Najib ke India.

“Berdasarkan hubungan erat di antara India dan Malaysia, serta potensi dan kekuatan dalam pasaran modal masing-masing, kami harap dapat meningkatkan hubungan dengan India ke peringkat lebih tinggi dengan perjanjian ini,” kata Tan Sri Zarinah. “Perjanjian ini menunjukkan komitmen kami untuk bekerjasama dalam membangunkan pasaran masing-masing serta dalam bidang kerjasama rentas sempadan yang relevan.”

Perjanjian tersebut akan mengukuhkan lagi kerjasama pengawalseliaan di antara SC dan SEBI termasuk, antara lain, mengkaji penubuhan kerangka kerja pengiktirafan bersama dalam segmen utama pasaran modal bagi memudahcarakan pengawasan pasaran rentas sempadan yang lebih baik dan pertukaran pengetahuan teknikal.

Selain tu, Perjanjian ini juga akan meneliti bidang-bidang rentas penyenaraian dan rentas dagangan dalam pasaran masing-masing.

Berikutan daripada penandatanganan Perjanjian ini, kedua-dua pengawal selia tersebut akan menubuhkan kumpulan kerja bilateral bagi mencapai objektif Perjanjian.

SC dan SEBI mempunyai hubungan yang telah lama terjalin, bermula daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada tahun 2001. Pada tahun 2008, hubungan itu dikukuhkan lagi apabila kedua-duanya menganjurkan Forum Pasaran Modal India-Malaysia di Mumbai yang menarik lebih 250 peserta daripada pasaran modal India dan Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup