Malaysia dan Singapura Tubuh Pautan Pasaran Dagangan Pasaran Saham
6 Februari 2018   |   Kuala Lumpur
Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan bekerjasama untuk memudahcarakan penubuhan pautan dagangan pasaran saham antara Bursa Malaysia (BM) dan Singapore Exchange (SGX) menjelang akhir tahun ini. Pautan dagangan ini akan membolehkan para pelabur menjalankan dagangan dan penyelesaian saham yang disenaraikan di pasaran saham masing-masing dengan lebih mudah dan cekap. Pelabur runcit terutamanya akan mendapat manfaat daripada pautan dagangan tersebut.

Inisiatif ini merupakan susulan daripada usaha berterusan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) untuk memperkukuh hubungan kewangan seluruh pasaran modal di rantau ini. Hubungan dua hala antara BM dan SGX ini bukan sahaja merangkumi dagangan, malah juga meliputi aturan pasca dagangan seperti penjelasan dan penyelesaian saham yang didagangkan. Sehubungan dengan inisiatif strategik ini, MAS dan SC akan menubuhkan aturan penyeliaan dan penguatkuasaan rentas sempadan, dan bekerjasama dengan kedua-dua bursa untuk mengendalikan pautan tersebut.

Tan Sri Dato' Seri Ranjit Ajit Singh, Pengerusi SC Malaysia yang juga Pengerusi ACMF berkata, "Penubuhan pautan dagangan ini merupakan langkah penting untuk menggalakkan pelabur ASEAN sendiri melabur di ASEAN. Kemudahan akses yang disediakan kepada pelabur akan merancakkan lagi pasaran kita. Apabila mula beroperasi, inisiatif perintis ini akan menjadi asas kepada keterhubungan dalam kalangan pasaran ASEAN pada masa hadapan."

Encik Lee Boon Ngiap, Penolong Pengarah Urusan, MAS, berkata "Pautan dagangan ini akan membantu mengurangkan kos dagangan bagi pelabur dan menggalakkan lebih banyak pelaburan rentas sempadan dalam saham-saham yang disenaraikan di bursa masing-masing. Ini akan meningkatkan kecairan kedua-dua pasaran saham. Saya berharap inisiatif ini akan dikembangkan dan merangkumi seluruh bursa saham di ASEAN."
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
PIHAK BERKUASA MONETARI SINGAPURA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup