Pakar-pakar kewangan Islam terkemuka akan berbincang mengenai konsep perkongsian risiko
20 Oktober 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjadi tuan rumah bagi Forum pasaran Modal Islam Ke-5 (IICMF) pada 10 November 2011. IICMF Ke-5 itu akan menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara bagi berbincang dan mengkaji keadaan kewangan Islam pada masa ini.

Bertemakan “Risk Sharing: A Way Forward to Public Good” (Perkongsian Risiko: Menuju Kemaslahatan Ummah), forum sehari itu akan menampilkan cendekiawan kewangan Islam terkemuka dan pengamal kewangan Islam termasuk Dr Abbas Mirakhor (Pusat Pendidikan dalam Kewangan Islam Antarabangsa – INCEIF); Professor Volker Nienhaus (Profesor Pelawat, Fakulti Pengajian Islam Qatar); Profesor Mohamad Aslam Haneef (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Profesor Mohammad Hashim Kamali (Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa); Omar Sheikh (Majlis Kewangan Islam, UK); Mushtak Parker (Editor, Islamic Banker); dan Mohamed Ismail Mohamed Shariff (Mohamed Ismail & Co). Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar, akan menyampaikan ucap utama. 

Forum tersebut menyediakan platform bagi pakar-pakar antarabangsa ini untuk berbincang model kewangan Islam pada masa ini. perbincangan itu akan memfokuskan kepada bagaimana sistem perkongsian risiko boleh menangani sebahagian isu yang berbangkit daripada sistem pemindahan risiko yang diamalkan oleh industri kewangan konvensional.

Topik utama termasuklah:
  • Bagaimana struktur perkongsian risiko bertahan di bawah keadaan pasaran pada masa ini?
  • Tadbir urus korporat, etika dan tanggungjawab sosial – menyepadukan warisan Islam dengan pengetahuan moden
  • Perkongsian risiko dan dasar awam: teori, guna pakai dan instrumen
  • Ekonomi Islam dan kemaslahatan ummah – etika dan dimensi sosial 

Orang ramai yang berminat untuk menghadiri forum ini boleh melayari laman web SIDC (www.sidc.com.my) atau menghubungi Sharifuddin (03-6204 8644) / Saadon (03-6204 8665) bagi maklumat lanjut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup