Pelabur runcit di Malaysia, Singapura dan Thailand diberi lebih akses kepada pengurus dana tiga negara
26 Februari 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pihak Berkuasa Monetari Singapura, dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk meningkatkan Rangka Kerja Skim Pelaburan Kolektif (CIS) ASEAN. Rangka kerja ini membolehkan pengurus dana yang beroperasi dalam satu bidang kuasa untuk menawarkan dana-dana yang diwujudkan dan diluluskan dalam bidang kuasa tersebut kepada pelabur runcit dua bidang kuasa yang lain di bawah proses pemberian kebenaran yang diseragamkan.

Rangka kerja yang disemak tersebut, yang menggabungkan maklum balas daripada rundingan industri yang menyeluruh, bertujuan untuk mempromosikan lebih banyak penawaran rentas sempadan dana-dana ASEAN dan membolehkan pengurus dana menawarkan lebih banyak produk dana kepada para pelabur di rantau ini. Peningkatan utama kepada rangka kerja tersebut akan:

  1. membolehkan lebih ramai pengurus dana mengambil bahagian dalam rangka kerja dengan mengurangkan kriteria kelayakan kepada AS$350 juta aset di bawah pengurusan daripada AS$500 juta;
  2. memendekkan masa ke pasaran bagi pelancaran dana, kerana Penandatangan Memorandum tersebut komited untuk menyemak dalam tempoh 21 hari, permohonan lengkap daripada pengurus dana bagi pemberian kuasa suatu dana; dan
  3. memberi pengurus dana yang mengambil bahagian lebih kelonggaran untuk mewakilkan pengurusan pelaburan dana dengan meningkatkan bahagian aset dana yang boleh diurus sebahagiannya oleh pengurus yang tidak dikawal selia oleh Penandatangan, daripada 20% kepada 100%.

Rangka kerja yang disemak semula tersebut berkuat kuasa pada 23 Februari 2018.

Set baharu "Piawaian Kelayakan CIS” yang perlu dipatuhi oleh pengurus dana di bawah Rangka kerja ASEAN CIS boleh didapati di http://www.theacmf.org/ACMF/upload/standards_of_qualifying_cis.pdf
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup