Pengawal Selia Audit Antarabangsa Berkumpul di Bengkel Pemeriksaan IFIAR Ke-8 di Kuala Lumpur
10 Mac 2014   |   Kuala Lumpur
Lebih daripada 100 pengawal selia dari 35 bidang kuasa yang merupakan ahli Forum Pengawal Selia Audit Bebas Antarabangsa (IFIAR) berada di Kuala Lumpur minggu ini untuk menghadiri Bengkel Pemeriksaan IFIAR ke-8. Bengkel tertutup ini diadakan untuk berkongsi kemahiran teknikal, pengetahuan, pengalaman praktikal, dapatan pemeriksaan yang relevan dan mengenal pasti amalan terbaik dalam pemeriksaan ke atas firma audit.

Bengkel yang diadakan setiap tahun ini memberikan ahli-ahlinya peluang untuk berkongsi teknik pemeriksaan dan pengalaman secara langsung bagi menggalakkan konsistensi dalam aktiviti pemantauan audit bebas sejagat, selaras dengan jenis operasi firma yang menyediakan perkhidmatan audit.

“Kualiti audit merupakan faktor penting yang mempengaruhi tahap keyakinan terhadap penyata kewangan, terutama entiti kepentingan awam (PIE). Oleh sebab jenis perniagaan global, penyata kewangan kini menggambarkan hasil operasi dan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan yang berlaku dalam kebanyakan bidang kuasa. Oleh itu, sangat penting bagi pengawal selia audit untuk bersama-sama menangani isu-isu yang mempengaruhi kualiti audit secara terselaras. Adalah penting apabila firma audit diperiksa dalam sesebuah bidang kuasa, isu berkenaan dikendalikan dengan cara yang sama oleh pengawal selia dalam bidang kuasa lain,” kata Pengerusi Eksekutif AOB, Nik Hasyudeen Yusoff.

IFIAR ditubuhkan oleh pengawal selia audit bebas pada tahun 2006 untuk berkongsi pengetahuan tentang persekitaran pasaran audit dan pengalaman pengawalseliaan audit bebas, bagi menggalakkan kerjasama dan ketekalan dalam aktiviti pengawalseliaan, dan juga menyediakan platform bersama organisasi antarabangsa lain yang mempunyai minat terhadap kualiti audit. Maklumat lanjut tentang IFIAR boleh didapati di www.ifiar.org.

LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup