Pengawal Selia Pasaran Modal ASEAN Puas Hati Kemajuan Piawaian Bon Hijau dan Bersetuju untuk Laksana Rangka Kerja Mobiliti Profesional bagi Memacu Keberkaitan Serantau
19 Mac 2018   |   Da Nang, Viet Nam
Pengawal Selia Pasaran Modal ASEAN Puas Hati Kemajuan Piawaian Bon Hijau dan Bersetuju untuk Laksana Rangka Kerja Mobiliti Profesional bagi Memacu Keberkaitan Serantau

Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai oleh Piawaian Bon Hijau ASEAN pada mesyuaratnya hari ini. Sejak dilancarkan pada November 2017, Piawaian Bon Hijau ASEAN telah memperoleh daya tarikan yang menggalakkan dan terdapat tiga terbitan daripada Malaysia dan Singapura yang dilabel Bon Hijau ASEAN. Sukuk berdaulat pertama di ASEAN yang diterbitkan oleh Indonesia adalah sejajar dengan Piawaian Bon Hijau ASEAN.

Kemajuan dalam Piawaian Bon Hijau ASEAN ini menunjukkan meningkatnya penekanan yang diberikan di rantau ini terhadap pembiayaan yang mampan dan mengetengahkan keupayaan Piawaian Bon Hijau dalam menyediakan panduan kepada penerbit untuk menerbitkan bon hijau dan para pelabur dengan rujukan yang boleh dipercayai.

Mesyuarat tersebut juga mengalu-alukan penganjuran Sidang Meja Bulat Piawaian Bon Hijau ACMF ASEAN yang pertama oleh Suruhanjaya Sekuriti Viet Nam (SSC Viet Nam) yang melibatkan peserta pasaran termasuk bank, firma sekuriti dan syarikat pengurusan dana, mengenai pemakaian Piawaian Bon Hijau ASEAN. Sidang-sidang meja bulan ACMF yang sama akan diadakan di rantau ini untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pemakaian Piawaian Bon Hijau ASEAN.

ACMF juga bersetuju untuk menjalankan siri penglibatan bersama peserta pasaran untuk membangunkan lagi skim pelaburan kolektif (CIS) ASEAN rentas sempadan bagi melengkapi rangka kerja CIS ASEAN yang baru dipertinkatkan.

ACMF menghargai inisiatif perintis untuk menghubungkan pasaran saham Malaysia dan Singapura yang boleh bertindak sebagai contoh bagi keberkaitan masa hadapan dalam kalangan pasaran saham ASEAN.

Mesyuarat itu juga meluluskan rangka kerja Mobiliti Profesional ACMF untuk memudahcarakan mobiliti rentas sempadan penasihat pelaburan dan penerbitan laporan penyelidikan. ACMF akan mengesahkan pengaturan ini pada separuh tahun kedua 2018.

ACMF memperakui pelanjutan Piawaian Penzahiran Sekuriti Hutang ASEAN untuk merangkumi terbitan sekuriti hutang biasa di bawah program penerbitan hutang.

ACMF ingin menyampaikan penghargaannya kepada SSC Viet Nam yang bertindak sebagi tuan rumah mesyuarat ACMF ke-28 dan Sidang Meja Bulat Piawaian Bon Hijau ASEAN yang pertama, dan memperakui sokongan Bank Pembangunan Asia dalam kebanyakan inisiatif ACMF, terutamanya yang berhubung dengan Program Pembangunan Pasaran ACMF.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup