Pengawalselia Pasaran Modal Memberikan Kelonggaran kepada Penerbit Tersenarai untuk AGM dan Penerbitan Laporan Berkala
17 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Berikutan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020 (“tempoh terhad”), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ("SC") dan Bursa Malaysia Berhad ("Bursa") memberikan kelonggaran masa untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kepada Amanah Pelaburan Hartanah (“REITs”) dan penerbitan laporan suku tahunan dan laporan tahunan syarikat tersenarai.

Pasaran modal, sebagai komponen kritikal sektor kewangan Malaysia, akan beroperasi seperti biasa sewaktu tempoh terhad ini, dengan kesemua pengantara dijangka terus dibuka dan beroperasi sepenuhnya. Walau bagaimanapun, untuk memudahcarakan sekatan seluruh negara mengenai langkah membendung penyebaran Covid-19, syarikat tersenarai yang hanya boleh mengadakan AGM selepas menjangkaui tempoh 6 bulan seperti yang telah ditetapkan dan termaktub di bawah Akta Syarikat 2016, boleh memohon untuk menangguhkan AGM mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM"). Maklumat lanjut tentang penangguhan boleh didapati di laman sesawang SSM.

Selain itu, SC hari ini telah memberikan kelulusan penangguhan selama dua bulan untuk pengurus Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) tersenarai berdasarkan kewangan akhir tahun 31 Disember 2019 untuk mengadakan AGM pada 30 Jun 2020.

Penerbit tersenarai digalakkan untuk memerhati dan melaksanakan langkah berjaga-jaga yang menyeluruh dalam memastikan kesejahteraan orang awam, di samping mematuhi keperluan peraturan mereka.

Untuk maklumat terperinci, sila layari laman sesawang Bursa Malaysia.

https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/main_market/directives_clarifications

dan

https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/ace_market/directives_clarifications

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup