Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur yang mengandungi laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak diberi kebenaran/tidak sah. Senarai ini adalah tidak muktamad dan bertindak sebagai panduan kepada pelabur sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan.
Entiti berikut telah dikemaskini ke dalam senaraI setakat 29 Oktober 2024:
Sahabat Trade Investment Malaysia
Mentorship by Tuan Muda
Senarai ini dikemas kini secara berkala untuk rujukan pihak awam. Senarai tersebut boleh diperolehi di laman sesawang SC - https://www.sc.com.my/investor-alert.
Orang ramai diminta memaklumkan kepada SC sekiranya mereka mendapati mana-mana aktiviti pasaran modal yang mencurigakan. Pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada SC di talian: +603 6204 8999 or e-mail: [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech (From left to right):
Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group
Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.