Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur yang mengandungi laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak diberi kebenaran/tidak sah. Senarai ini adalah tidak muktamad dan bertindak sebagai panduan kepada pelabur sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan.