Prospektus boleh didapati di laman web SC untuk komen orang ramai

Kuala Lumpur, 22 Februari 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan memperkenalkan pendedahan awam terhadap semua prospektus yang hendak didaftarkan bagi meningkatkan lagi standard penzahiran dan ketelusan dalam amalan penjanaan dana.

Berkuat kuasa pada 3 Mac 2008, semua prospektus yang hendak didaftarkan bagi penerbitan saham berkaitan dengan Tawaran Awam Awal dan skim pelaburan kolektif yang akan tersenarai di Bursa Malaysia Securities dilihat oleh orang ramai di laman web SC bagi membolehkan orang ramai khususnya menilai dokumen tersebut dan memberikan komen mereka kepada SC.

Prospektus yang hendak didaftarkan ini boleh diakses dalam tempoh lima hari pasaran, iaitu dalam lingkungan jangka masa pendaftaran prospektus yang sedia ada selama 14 hari pasaran.

Dalam tempoh tersebut, sekuriti berkenaan tidak boleh ditawarkan kepada orang ramai dan permohonan untuk sekuriti itu tidak boleh dibuat atau diterima. SC boleh meminta perubahan dilakukan terhadap prospektus yang hendak didaftarkan itu bergantung kepada komen yang diterima. Sekuriti itu hanya boleh dibuka kepada orang ramai setelah prospektusnya berdaftar dengan SC.

Satu set soalan lazim bagi meningkatkan kefahaman mengenai pendedahan awam ini boleh dilihat di sini (format pdf) .


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup