Rakan Kongsi Audit Dipenjara Setahun, Denda RM400,000 Kerana Penzahiran Maklumat Kewangan yang Mengelirukan
21 Oktober 2015   |   Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan kesalahan ke atas seorang rakan kongsi audit berlesen kerana bersubahat dengan United U-Li Corporation Berhad (United U-Li), sebuah syarikat awam tersenarai, kerana membuat kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, satu kesalahan di bawah seksyen 122B(b)(bb) yang dibaca bersama seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Kenyataan yang mengelirukan tersebut adalah berkaitan dengan keputusan kewangan teraudit U-Li bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Disember 2004. Yue Chi Kin, 47, dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun dan dikenakan denda sebanyak RM400,000, atau enam bulan penjara. Kesan daripada penzahiran yang mengelirukan tersebut, keuntungan sebelum cukai United U-Li untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004 telah dinaikkan sekitar 26%.

Ini merupakan kes pertama yang mana Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan ke atas juruaudit yang bersubahat dengan syarikat awam tersenarai kerana membuat kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Yue ketika itu merupakan rakan kongsi audit Messrs Roger Yue, Tan & Associates, yang telah mengaudit keputusan kewangan United U-Li bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Disember 2004. Dia dikenakan pertuduhan pada April 2009 manakala perbicaraan telah dimulakan pada Mac 2011.

Ketika menjatuhi hukuman terhadap Yue, Hakim Mahkamah Sesyen Dato’ Ahmad Zamzani bin Hj. Mohd Zain menyatakan bahawa kepentingan awam merupakan perkara paling utama yang dipertimbangkan bagi kesalahan seperti ini. Beliau menambah lagi, kesalahan sedemikian tidak boleh dipandang ringan bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan integriti pasaran.

Kes ini merupakan antara beberapa sabitan kesalahan terkini yang diperolehi oleh SC dalam kes-kes yang membabitkan pengemukaan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dan SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup