Rayuan Pengarah Urusan FTEC Resources Berhad, Kenneth Vun, kepada Mahkamah Persekutuan ditolak
22 Ogos 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Persekutuan hari ini secara sebulat suara menolak permohonan penangguhan Kenneth Vun (Kenneth) untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya mengembalikan RM2.496 juta kepada FTEC Resources Berhad (FRB). Perintah tersebut turut menghalang Kenneth daripada menguruskan dana FRB dan mana-mana kumpulan syarikat FTEC sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Siasatan SC terhadap penggunaan hasil terbitan awam oleh FRB menunjukkan bahawa Kenneth telah menggunakan sebahagian daripada hasil tersebut bagi manfaat dan kegunaan dirinya sendiri yang membawa kepada Perintah di atas dikenakan oleh Mahkamah Tinggi pada bulan November 2009.

Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan itu merupakan saluran terakhir rayuan yang boleh dibuat oleh Kenneth selepas tidak berjaya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Tinggi.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup