Remisier gagal dalam usaha terakhir mengelak daripada dipenjarakan
23 Jun 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan seorang bekas remisier dengan 30 pertuduhan jualan singkat saham.

Lua Yik Hor, bekas remisier di KAF Seagrott Campbell Sdn Bhd, didakwa pada 21 Mei 1996 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana jualan singkat 960,000 unit saham North Borneo Timber Berhad pada 27 Mac 1995.

Pada tahun 2000, Lua disabitkan dengan kesemua 30 pertuduhan bagi jualan singkat tersebut dan dihukum dua tahun penjara bagi setiap pertuduhan yang akan dijalankan serentak.

Lua memfailkan rayuan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009.

Hari ini, Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Dato Hasan Lah, Datuk Hj Abdul Malik Hj Ishak dan Dato Balia Yusof Hj Wahi, mendengar rayuan Lua terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan telah menolak rayuan tersebut. Lua kemudiannya diperintahkan supaya mula menjalani hukuman penjara itu hari ini.

SC menegaskan bahawa semua 30 dakwaan tersebut adalah betul dan mengikut undang-undang memandangkan terdapat 30 kesalahan jualan singkat berjumlah 960,000 unit saham NBT pada hari itu. Setiap kesalahan tersebut adalah lengkap selepas pesanannya untuk menjual saham-saham itu berpadanan di pasaran sedangkan pada masa berkenaan dia tidak memiliki sahan-saham tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup