Remisier Palsu Dipenjara Setahun dan Didenda RM2 juta Kerana Penipuan Sekuriti
28 Februari 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyabitkan kesalahan terhadap individu berusia 67 tahun atas dua kesalahan menipu Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd (KOPRO) antara Ogos 2007 dan November 2008.

Ismail Basir mengaku bersalah dan telah dihukum penjara setahun dan didenda sebanyak RM1 juta atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan, oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad. Hukuman penjara tersebut berjalan secara serentak.

Ismail dikenakan pertuduhan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 16 Januari 2018 dengan pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Fakta kes menunjukkan bahawa Ismail telah menipu KOPRO dengan mengaku dirinya sebagai remisier di PM Securities Sdn Bhd (PM Securities), walhal Ismail tidak pernah dilesenkan oleh SC sebagai Wakil Peniaga. Dia kemudiannya memperdaya KOPRO bahawa dia telah membuka akaun dagangan saham di bawah nama KOPRO di PM Securities dan sejumlah RM350,000 telah dikumpulkan olehnya daripada KOPRO, kononnya untuk membeli saham Proton Holdings Bhd (Proton).

Ketika melakukan penipuan tersebut, Ismail telah memberi penyata akaun dan nota kontrak KOPRO yang direka untuk memberi gambaran palsu kepada KOPRO bahawa wang tersebut telah digunakan untuk transaksi saham Proton, tetapi sebenarnya transaksi tersebut tidak wujud. Ismail mengaku bahawa wang tersebut telah didepositkan ke dalam akaun dagangan saham yang lain yang dikawalnya dan yang mana dia telah menjalankan dagangan saham dan membuat pengeluaran untuk manfaat dirinya sendiri.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup