SC Batal Lesen Lim Chin Wat kerana manipulasi urus niaga sekuriti
2 Julai 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan PasaranModal (CMSRL) Lim Chin Wat berkuat kuasa 28 Mei 2015.

CMSRL Lim dibatalkan di bawah seksyen 72 dan seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila dia didapati terbabit dalam amalan perniagaan tidak wajar apabila menjalankan dagangan saham Magna Prima Berhad. Lim sebelum ini berkhidmat dengan Kenanga Investment Bank Berhad.

Lim juga sebelum ini dikenakan celaan, didenda RM140,000 dan digantung oleh Bursa Malaysia selama 12 bulan atas kesalahan yang sama di bawah Peraturan Pra-Pindaan Bursa Malaysia Securities.

Lim tidak menfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan dalam CMSA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup