SC bekerjasana dengan sekolah pengajian perniagaan terkemuka China
14 September 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menandatangani surat hasrat bersama Sekolah Ekonomi dan Pengerusan Universiti Tsinghua (Tsinghua SEM), salah sebuat sekolah perniagaan terkemuka di China, bagi membangunkan Program Kewangan Malaysia-China bagi Eksekutif Kanan (MCFP) tahunan selama lima hari. MCFP bertujuan memberikan peserta dengan pengalaman mendalam dan pemikiran inovatif mengenai China.

Komitmen selama tiga tahun tersebut bermula dengan sesi pertamanya di Beijing dari 17 hingga 21 Oktober 2011. Ia akan memberikan peserta dengan pengalaman rentas budaya mengenai pasaran modal China yang pesat membangun, serta dapat berkongsi pandangan dan menjalin hubungan dengan pegawai kerajaan dan pakar perniagaan China, yang akan mengambil bahagian sebagai penceramah undangan.

“SC amat berbesar hati untuk memulakan perkongsian ini bersama Tsinghua; dan kami percaya program sedemikian akan meningkatkan kerjasama antara China dan Malaysia. MCFP bertujuan menyediakan kakitangan pengurusan kanan syarikat di Malaysia, khususnya mereka dari industri perkhidmatan kewangan, pemahaman yang mendalam mengenai perkembangan dan trend ekonomi, pasaran sekuriti dan sistem kewangan China, serta kerangka pengawalseliaannya,” kata Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi SC di majlis menanda tangan yang diadakan di SC hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Donald Lim Siang Chai menyaksikan majlis menanda tangan antara Tan Sri Zarinah dan Xue Lei, Pengarah Eksekutif Program Pembangunan Eksekutif, Tsinghua SEM.

MCFP akan dilaksanakan melalui sesi syarahan, perbincangan interaktif dan jalinan kerja. Program tersebut akan dijayakan bersama oleh professor dari Universiti Tsinghua, wakil dari China Securities Regulatory Commission dan China Banking Regulatory Commission, pegawai dari Kementerian Luar Negeri di China serta pengurusan kanan bank-bank pelaburan terkemuka di China.

Universiti Tsinghua merupakan institusi pengajian tinggi terkemuka di China dengan para alumni yang sangat berpengaruh, termasuk bekas perdana menteri Zhu Rongji dan pemimpin tertinggi lain dalam kedua-dua bidang politik dan ekonomi China. Tsinghua SEM, yang merupakan salah sebuah sekolah perniagaan di China, secara aktif bekerjasama dengan universiti terkemuka lain di dunia termasuk Harvard, MIT, Stanford dan INSEAD.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup