SC & BNM Tubuh Kumpulan Kerja Bersama Untuk Percepat Pendigitan Industri Broker Saham
15 Mac 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menubuhkan Kumpulan Pendigitan Industri Pembrokeran Saham (BRIDGe), satu kumpulan kerja bersama antara pengawal selia dan industri untuk mempercepat proses pendigitan industri pembrokeran saham.

Pengumuman itu dibuat ketika pelancaran Laporan Tahunan SC 2017.

BRIDGe bertujuan untuk mempercepat proses pendigitan industri pembrokeran dalam meningkatkan kecekapan operasi dan standard perkhidmatan. Kumpulan tersebut terdiri daripada SC, BNM dan peserta industri termasuk para broker dan institusi perbankan.

SC dan BNM berkongsi matlamat bersama untuk memacu proses pendigitan dalam industri kewangan Malaysia. Terdapat peluang untuk menerapkan inovasi di seluruh rantaian nilai pengantaraan dan mengurangkan kos dalam sektor broker dan perbankan. Oleh itu, adalah penting bagi pengawal selia untuk bekerjasama dengan pihak industri untuk memberi nilai yang lebih besar kepada para pelanggan, serta pembangunan pasaran dalam jangka panjang.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BANK NEGARA MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup