SC dakwa pengarah dan pengurus akaun Kosmo Tech kerana memberi maklumat palsu kepada bursa saham
26 Mei 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa seornag pengarah dan seorang pengurus akaun Kosmo Technology Industrial Berhad (Kosmo Tech) kerana memberi maklumat palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad

Enam tuduhan bawah seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan dua lagi tuduhan bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007(CMSA) dikenakan ke atas Mohd Azham Bin Mohd Noor dan Helen Lim Hai Loon berhubung dengan kenyataan palsu dalam lapan laporan suku tahun Kosmo Tech mengenai keputusan terangkum belum diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2006 dan 2007. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta dan penjara bagi tempoh tidka melebihi 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Mohd Azham dan Helen Lim, masing-masing dibenarkan ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Rosenani Bt Abd Rahman turut memerintahkan supaya pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada Mahkamah dan menetapkan 22 Jun 2011 bagi permohonan untuk perbicaraan diadakan secara bersama.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup