SC jelaskan mengenai kerangka pencen swasta 
20 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2011, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin memberikan maklumat lanjut mengenai kerangka pencen swasta yang akan dilancarkan pada penghujung tahun 2011.

Kerangka bagi industri pencen swasta ini membentuk tunggak ketiga daripada pelbagai tunggak kerangka pencen yang saling melengkapi dan tidak akan mempengaruhi sumbangan mandatori kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Ia memberikan penyumbang, yang mempunyai sumber kewangan mencukupi, dengan pilihan lebih simpanan jangka panjang sukarela bagi menambah simpanan persaraan mereka dan meningkatkan pendapatan selepas persaraan. Kerangka ini akan memberi manfaat kepada individu, sama ada pekerja atau bekerja sendiri, serta majikan yang mahu membuat sumbangan sukarela melebihi kadar mandatori KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Kerangka pencen swasta akan membenarkan pengurus dana yang berkelayakan, mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan dengan pengalaman dan kepakaran yang diperlukan, menawarkan dana pencen berdedikasi yang memenuhi pelbagai keperluan pelaburan, kesanggupan risiko dan profil penyumbang. Kerangka ini akan disokong oleh pengaturan pentadbiran mesra pengguna yang akan memastikan kecekapan pentadbiran dan kos serta memudahcarakan kesesuaian penyumbang. Menguatkan kerangka ini adalah satu struktur pengawalseliaan dan penyeliaan yang kukuh bagi menggalakkan keyakinan pasaran dan mengawal kepentingan penyumbang.

Cadangan kerangka pencen swasta itu adalah berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa bagi kawal selia dan penyeliaan pencen swasta yang diterima pakai dengan begitu meluas dan mengambil kira kajian pelbagai opsyen dalam persekitaran pencen. Ia juga mengambil kira pengalaman negara-negara lain yang memiliki industri pencen swasta yang berjaya.

Butir-butir mengenai kerangka ini akan dibangunkan oleh satu pasukan petugas pelaksanaan yang diterajui oleh SC dengan penyertaan sektor awam dan swasta lain.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup