SC keluarkan Garis panduan baharu untuk memudahcarakan pendanaan masyarakat berasaskan ekuiti
10 Februari 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Guidelines on Regulation of Markets under Section 34 of the Capital Markets and Services Act 2007 bagi memperkenalkan keperluan baharu bagi pendaftaran platform pendanaan masyarakat berasaskan ekuiti (ECF) dan menyediakan aturan tadbir urus bagi pengendali platform tersebut.

Garis panduan tersebut menghendaki lembaga pengarah syarikat pengendali mestilah layak dan sesuai dan mempunyai keupayaan untuk mengendalikan pasaran yang teratur, adil dan telus. Oleh kerana pengendali platform tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan keyakinan dalam platform ECF, Garis panduan tersebut memberikan tanggungjawab kepada pengendali untuk memastikan penerbit mematuhi peraturan-peraturan platform tersebut. Pengendali boleh menghalang akses sesebuah penerbit kepada platformnya sekiranya ia berpendapat bahawa penerbit tersebut atau penawaran yang dicadangkan tidak sesuai untuk dihoskan di platform. Pengendali juga dikehendaki memastikan bahawa dana yang diperolehi daripada pelabur dilindungi dalam akaun amanah sehingga matlamat pendanaan dicapai.

Di bawah rangka kerja ini, penerbit yang layak boleh mengumpul dana sehingga RM3 juta dalam tempoh 12 bulan. Penerbit boleh mendapatkan pelaburan daripada pelabur runcit, sofistikated serta penyelamat, tertakluk kepada had pelaburan yang ditetapkan dalam Garis panduan tersebut.

Pelabur ECF diberi tempoh bertenang selama 6 hari, dalam mana mereka boleh mengeluarkan amaun penuh pelaburan mereka. Di samping itu, sekiranya terdapat perubahan penting yang menjejaskan berkaitan dengan penerbit, para pelabur akan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut. Pelabur akan diberikan pilihan untuk mengeluarkan pelaburan mereka sekiranya mahu berbuat demikian, dalam tempoh 14 hari selepas pemberitahuan tersebut.

Pada bulan September 2014, SC mengeluarkan kertas respons awamnya mengenai rangka kerja ECF yang dicadangkan setelah menyemak komen dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan mengenai rangka kerja ECF.

ECF merupakan bentuk pengumpulan dana baharu yang membolehkan syarikat di peringkat permulaan dan yang lebih kecil lain memperoleh modal melalui pelaburan kecil ekuiti daripada sebilangan besar pelabur, dengan menggunakan portal dalam talian untuk menyiarkan dan memudahcarakan penawaran dana mereka kepada masyarakat pelabur.

Guidelines on Regulation of Markets under S.34 of CMSA boleh didapati di sini. Garis panduan ini menggantikan Guidelines on Regulation of Markets (yang dikeluarkan pada September 2007) dan berkuat kuasa 10 Februari 2015.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup