SC Kembalikan Wang Mangsa Skim Penipuan Niaga Hadapan Haram
10 September 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memulakan proses restitusi (pengembalian wang) kepada mangsa satu skim penipuan dagangan niaga hadapan haram dengan meminta mereka yang layak menuntut menfailkan notis tuntutan mereka sebelum 5.00 petang, 25 September 2015.

Pada 12 Oktober 2011, pengawal selia tersebut telah menfailkan satu tuntutan sivil terhadap tujuh individu yang dinamakan di bawah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana secara haram telah mendapatkan wang, yang kononnya untuk dilaburkan dalam kontrak-kontrak niaga hadapan:

1. Ahmad Fauzi bin Ambran (Kad Pengenalan: 770709-08-5605)
2. Ahmad Nazmi bin Mohamed (Kad Pengenalan: 850521-03-5243)
3. Mohd Shahrul Firdaus bin Zakaria (Kad Pengenalan: 851220-08-5049)
4. Mohd Khalid bin Sujud (Kad Pengenalan: 870516-01-5609)
5. Fakhrul Arif bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 880526-08-6063)
6. Fakhrul Mukmin bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 840922-08-5891)
7. Fakhrul Razi bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 910727-08-6013)

Susulan siasatannya terhadap skim haram ini, SC mendapati bahawa tujuh individu tersebut telah secara haram mendapatkan wang daripada orang awam antara Oktober 2010 dan Jun 2011. Pada 8 Ogos 2012, satu penghakiman persetujuan telah direkodkan antara individu-individu tersebut dengan pihak SC dan sejumlah RM665,069 akan dikembalikan kepada orang awam yang telah melabur dalam skim haram tersebut.

Mereka yang layak menuntut dikehendaki mengemukakan tuntutan mereka berserta bukti pelaburan kepada pihak SC sebelum jam 5.00 petang pada 25 September 2015. Butiran lanjut berhubung proses restitusi tersebut boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my/my/claim.

Setelah menerima tuntutan-tuntutan yang berkenaan, pihak SC akan menentukan kadar restitusi berdasarkan jumlah wang yang ada, jumlah pelabur yang terlibat dan jumlah wang yang telah terbukti dilaburkan. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai proses restitusi tersebut boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan di talian 03-62048999 atau [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup