SC kenakan pertuduhan ke atas dua lagi individu kerana dagangan orang dalam saham TH Group Berhad
5 Februari 2015   |   Kuala Lumpur
Susulan pertuduhan terhadap lima individu pada 29 Januari 2015 lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengenakan pertuduhan terhadap dua lagi individu kerana dagangan orang dalam bagi saham TH Group Berhad.

Ang Pok Hong, 50, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperolehi 204,000 unit saham TH Group antara 22 September 2008 dan 25 September 2008 ketika mempunyai maklumat bukan awam yang material.

SC mendakwa yang maklumat bukan awam material yang dirujuk di dalam semua pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan penswastaan TH Group Berhad melalui pelaksanaan Pembayaran Balik Modal Secara Terpilih (SCR) yang diumumkan pada 29 September 2008.

Ang yang menghadapi empat pertuduhan, telah memperoleh saham-saham TH Group melalui akaun beliau dan juga akaun anak saudaranya, Wendy Wong Soon Soon. Wong, 39, telah dituduh bersubahat dengan Ang dengan membenarkan akaun dagangannya digunakan oleh Ang untuk tujuan memperoleh saham-saham tersebut.

Ang dan Wong memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan. Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Mat Ghani Abdullah telah membenarkan ikat jamin masing-masing sebanyak RM300,000 dan RM100,000 untuk Ang dan Wong. Hakim Mahkahmah Sesyen tersebut telah menetapkan 3 Mac 2015 sebagai tarikh sebutan kes-kes tersebut dan juga telah menetapkan perbicaraan bermula pada 8 Jun 2015.

Dagangan orang dalam merupakan kesalahan di bawah seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan jika didapati bersalah, boleh dihukum di bawah seksyen 188(4) Akta yang sama dan penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang dari RM1 juta.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup