SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Timbalan Pengerusi MMM atas Kesalahan Dagangan Orang Dalam
29 April 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM) Dato’ Ramesh a/l Rajaratnam dengan tiga pertuduhan dagangan orang dalam di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. MMM merupakan sebuah syarikat yang sebelum ini disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd.

Ramesh telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga kesalahan kerana menjual sejumlah 10,200,800 saham MMM ketika memiliki maklumat bukan umum. Penjualan saham MMM tersebut didakwa dilakukan pada 11 Januari 2010, 19 Februari 2010 dan 22 Februari 2010.

Pertuduhan tersebut telah dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang dan tertuduh memohon untuk dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan. Hakim Norsharidah menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dan memerintahkan Ramesh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Dalam pertuduhan pertama, SC mendakwa bahawa maklumat bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan cadangan penurunan penarafan kredit oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) ke atas Sekuriti Hutang Islam Al-Bai’ Bithaman Ajil MMM bernilai RM120 juta daripada kategori gred pelaburan kepada gred bukan pelaburan.

Manakala pertuduhan dan ketiga pula, makumat bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan pengklasifikasian MMM sebagai syarikat PN17.

Kesalahan-kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup