SC Komited untuk Memperkukuh Kepercayaan dan Keyakinan Pelabur
7 November 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menjadi tuan rumah kepada lebih 100 pengawal selia, ahli akademik, wakil dari institusi global dan serantau di Sidang Meja Bulat Asia mengenai Tadbir Urus Korporat (ARCG) tahunan yang dianjurkan bersama oleh SC dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar dalam ucapan pembukaan pada pagi ini berkata wujud kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan kerajaan dan pengawal selia terhadap pertumbuhan ekonomi mampan yang memerlukan pendekatan kawal selia yang proaktif. Untuk membina perniagaan yang kukuh, pengawal selia perlu menyediakan pengawasan yang berkesan terhadap aktiviti perniagaan.

Adalah penting untuk memastikan tadbir urus yang baik sekarang daripada menanggung kerugian lebih teruk yang timbul kemudiannya daripada tadbir urus yang buruk, kata beliau. "Kerajaan yang baharu bertekad untuk memulihkan status Malaysia dalam kedudukan tadbir urus awam di peringkat global.

SC akan sentiasa berwaspasa ketika mengambil tindakannya terhadap sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti dan adalah menjadi tanggungjawab saya dan SC, untuk melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab kami secara cekap dan profesional serta integriti di tahap yang tertinggi," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kepelbagaian jantina dalam pengurusan dan pengurusan kanan kekal menjadi keutamaan dalam agenda urus tadbir korporat SC. "Bagi mempercepatkan pencapaian sasaran Malaysia iaitu penglibatan sebanyak 30% wanita dalam lembaga pengarah pada tahun 2020, SC telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan lebih kepelbagaian dalam komposisi lembaga pengarah. Kami akan bekerjasama erat dengan Majlis Pelabur Institusi untuk memacu sasaran kepelbagaian jantina di Malaysia," katanya.

ARCG telah ditubuhkan oleh OECD pada 1999 dan telah menjadi platform kepimpinan pemikiran utama bagi membolehkan perspektif dan amalan baharu dalam tadbir urus korporat di rantau ini. Peserta sidang meja bulat tertutup selama dua hari termasuk pengawal selia peringkat tinggi dan wakil-wakil dari institusi global dan serantau. Ini merupakan kali ketiga ARCG diadakan di Malaysia sejak 2004.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup