SC Lantik Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan
1 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengumumkan pelantikan Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan. Pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 1 Oktober 2018.

Nurulhuda Nur’aini akan menerajui pasukan Perancangan dan Pengurusan Penguatkuasaan, Penyiasatan, Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil SC.

Nurulhuda Nur’aini mempunyai pengalaman selama 24 tahun berkhidmatan dalam sektor awam. Beliau memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 1994 dan telah berkhidmat dalam pelbagai bahagian di AGC. Jawatan terakhir beliau sandang adalah sebagai Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan, di mana beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan dan cadangan mengenai keperluan kepada rayuan lanjutan ke Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1993 dan menyertai Badan Peguam Malaysia pada 1994. Beliau memperoleh diploma dalam Pendakwaan daripada University of Wollongong pada 2009 dan Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah daripada University of Leeds pada 2011.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup