SC Melantik Pengerusi Eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pemantauan Audit
1 April 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkuat kuasa serta-merta.

AOB, yang ditubuhkan ekoran Akta Pindaan Suruhanjaya Sekuriti yang digazetkan baru-baru ini, akan membantu SC dalam memantau juruaudit Entiti kepentingan Awam (PIE), melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit PIE. AOB memulakan operasinya hari ini.

Encik Nik Hasyudeen, mempunyai 23 tahun pengalaman dalam industri dan pendedahan antarabangsa.

Sebelum menyertai AOB, beliau ialah CEO dan pemimpin Inovastra Sdn Bhd, sebuah firma penasihat perniagaan strategik yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Beliau juga ialah Naib Presiden Persekutuan Akauntan ASEAN dan ahli CPA Australia’s Public Practice Advisory Committee.

Beliau juga pernah menjadi Presiden Institut Akauntan Malaysia, berkhidmat dalam lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan ahli Lembaga dan Jawatankuasa Strategik Gabungan Akauntan Asia dan Pasifik.

Encik Nik Hasyudeen pernah menjadi ahli Panel Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan dalam Kewangan Islam. Beliau kini menganggotai lembaga penasihat Sekolah Perniagaan Siswazah Universiti Sains Malaysia dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya.

SC juga ingin mengumumkan pelantikan enam ahli bukan eksekutif AOB. Mereka ialah:

  • Datuk Ali Abdul Kadir, Pengerusi, Yayasan Pelaporan Kewangan
  • Dato’ Azmi Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Puan Nor Shamsiah Mohd Yunus, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia
  • Encik Goh Ching Yin, Pengarah Eksekutif, Strategi dan Pembangunan, SC
  • Encik Cheong Kee Fong, Rakan Kongsi, Cheong Kee Fong & Co
  • Cik Chok Kwee Bee, Pengarah Urusan, Teak Capital Sdn Bhd
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup