SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penyalahgunaan logo dan namanya
14 February 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menggesa orang ramai supaya berhati-hati terhadap penggunaan logo dan nama SC yang tidak mendapat kebenaran dan disalahgunakan bagi mengendors promosi mana-mana laman web, produk atau program pelaburan.

SC mendapati bahawa www.kuasaforex.com telah menggunakan identiti korporat kami dalam laman web mereka bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan dagangan mata wang asing (forex). SC menegaskan bahawa kami tidak sekali-kali mempunyai kaitan dengan laman web ini atau pengusahanya dan tidak, dalam apa jua cara, mengendors aktivitinya.

SC telah memasukkan laman web tersebut dalam senarai Amaran Pelabur kami dan akan mengambil tindakan yang wajarnya berhubung dengan penggunaan nama SC yang tidak diberi kebenaran dan mengelirukan itu.

Penipuan boleh dibuat melalui peluang pelaburan yang nampak menarik atau skim pelaburan dalam talian. Ia boleh juga dibuat dengan menyamarkannya sebagai program pembelajaran atau latihan. Skim ini ada kalanya mendakwa telah mendapat kelulusan atau persetujuan pengawal selia. Orang ramai adalah diingatkan bahawa SC tidak pernah mengendors sebarang promosi laman web atau produk atau program pelaburan. Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk menjalankan aktiviti pelaburan, termasuk menyediakan khidmat nasihat pelaburan, boleh didapati di sini.

SC juga ingin menasihati orang ramai bahawa aktiviti yang berkaitan dengan dagangan forex berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia dan memerlukan kelulusan bank tersebut. Bagi maklumat lanjut mengenai dagangan forex, orang ramai dinasihati supaya menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 1-300-88-5465 atau melalui e-mel di [email protected]. Sesiapa yang menemui mana-mana laman web atau e-mel atau sebarang maklumat di internet yang berkaitan dengan nasihat pelaburan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan sekuriti yang diragui, perlu memberitahu SC di talian 603-62048999 atau e-mel kami di [email protected]. Anda juga boleh menulis kepada:

Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur Nombor Faks: 603-62048991
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup