SC membuat rayuan terhadap denda RM350,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dalam kes Megan Media
21 Ogos 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas Kok Hen Sen @ Kok Liew Sen kerana memberikan maklumat palsu mengenai hasil Megan Media Holdings Berhad (MMHB). SC memandang serius semua kesalahan yang membabitkan pelanggaran undang-undang sekuriti, dan akan terus memohon penalti yang berat dikenakan sebagai peringatan bagi mengekalkan keyakinan pelabur terhadap integriti pasaran modal Malaysia.

Kok, 63, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana bersubahat dengan syarikat tersenarai awam, MMHB dalam menyerahkan angka hasil yang palsu melebihi RM1 bilion dalam Penyata Kewangannya bagi tahun berakhir pada 30 April 2006. Dia juga mengaku bersalah terhadap tiga lagi pertuduhan lain kerana memalsukan angka hasil MMHB bagi penyata kewangan untuk tiga suku tahun pertama bagi tahun 2007. Hakim Mahkamah Sesyen, Encik Asmadi Hussin, pada 18 Ogos 2009 telah menjatuhkan hukuman ke atas Kenneth Kok iaitu denda sebanyak RM350,000 yang mesti dibayar pada hari berikutnya atau dikenakan setahun penjara.

Pada masa berkenaan, Kok adalah pembantu peribadi kepada Pengerusi Eksekutif MMHB. Pengerusi Eksekutif tersebut, Dato Mohd Adam Che Harun, juga didakwa bawah seksyen yang sama dengan Kok, iaitu mengemukakan maklumat palsu ke atas angka hasil suku tahun ketiga angka kewangan 2007 MMHB.

Penipuan ini memberikan impak yang besar ke atas harga pasaran syarikat tersebut kerana harga saham jatuh hingga 85% dalam tempoh tiga bulan selepas berita mengenai kenyataan palsu itu diketahui oleh orang ramai.

SC sebelum ini menggesa Mahkamah Sesyen supaya mengenakan hukuman penalti, mengambil kira bahawa Kok telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan invois palsu untuk menyokong angka hasil palsu tersebut. Tambahan pula, beberapa institusi kewangan telah diperdayakan bagi memberikan syarikat tersebut kemudahan dagangan yang kemudiannya digunakan untuk menyerupai bayaran kepada jualan yang tidak berlaku.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup