SC Mempelawa Komen Mengenai Pengerusi Bebas dan Pembuangan Undi
15 November 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan satu kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pengerusi bebas dan pembuangan undi.

Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat (Rangka Tindakan) lima tahun yang dilancarkan pada bulan Julai tahun ini mengakui bahawa budaya tadbir urus korporat yang baik perlu dimulakan dari atas, dengan ahli lembaga memainkan peranan sebagai pengemudi dan penjaga bagi menaikkan standard tadbir urus korporat.

Bagi membolehkan budaya ‘amalan bermula dari atas’, lembaga pengarah mesti mempunyai kapasiti dan bebas daripada pihak pengurusan bagi memenuhi tanggungjawab fidusiari mereka dan ini lebih penting lagi sekiranya pengerusi mempunyai tanggungjawab umum dalam menerajui lembaga pengarah. Ini mendorong Rangka Tindakan itu mencadangkan supaya dibuat mandat yang memisahkan kedudukan pengerusi dan CEO, dan pengerusi mestilah ahli lembaga yang bukan eksekutif.

SC membayangkan akan bergerak ke hadapan bagi mempunyai pengerusi bebas yang merupakan suatu isu yang dibahaskan secara meluas. Penerbitan kertas rundingan itu memberi peluang kepada semua pihak memberikan pandangan mereka berhubung sama ada patut atau tidak pengerusi merupakan pengarah bebas.

Kertas rundingan itu juga bertujuan menghimpunkan pandangan orang ramai mengenai sama ada pembuangan undi perlu diwajibkan bagi semua resolusi yang memerlukan kelulusan pemegang saham.

Rangka tindakan itu mencadangkan supaya pembuangan undi hanya perlu diwajibkan bagi resolusi yang meluluskan transaksi pihak berkenaan. Ini bagi membolehkan pemegang saham yang tidak berminat menyatakan kepada syarikat bahawa transaksi tersebut tidak boleh diterima kecuali jika membawa manfaat kepada syarikat. Kertas rundingan itu bertujuan mendapatkan pandangan terhadap mengadakan pembuangan undi bagi semua resolusi.

Pemegang saham mempunyai tanggungjawab yang sama bagi melindungi dan membangunkan kepentingan mereka sendiri, bagi memastikan bahawa syarikat yang mereka membuat pelaburan ditadbir urus dengan baik. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang lebih meluas di kalangan pemegang saham seperti menyertai proses pembuat keputusan oleh syarikat melalui pengundian. 

Kertas rundingan berhubung dengan perkara yang dimaklumkan di atas boleh dilayari di sini. Sila hantar komen bertulis anda ke alamat/e-mel di bawah sebelum 15 Disember 2011.

Jabatan Pembangunan Pasaran 
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
E-mel : [email protected] 
Faks : 603-62015518
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup