SC memperkemas pendaftaran penasihat Syariah
9 Ogos 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Pendaftaran Penasihat Syariah (Registration of Shariah Advisers Guidelines)(Garis Panduan) yang akan memudahkan individu dan syarikat menyediakan nasihat mengenai produk dan perkhidmatan pasaran modal Islam. Garis panduan tersebut akan berkuat kuasa pada 10 Ogos 2009. 

Bawah Garis Panduan tersebut, penasihat Syariah kini boleh, melalui pendaftaran tunggal, menyediakan nasihat mengenai semua produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah yang dikawal selia oleh SC. Sebelum ini, penasihat Syariah perlu mendaftar secara berasingan bagi setiap produk dan perkhidmatan berdasarkan Garis Panduan masing-masing. 

Garis Panduan ini akan menggantikan pelbagai peruntukan mengenai kriteria layak dan pendaftaran dalam garis panduan SC yang lain, meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan Islam. Ini termasuklah Garis Panduan Dana Unit Amanah (Guidelines of Unit Trust Funds) dan Garis Panduan Penawaran Sekuriti Islam (Guidelines on the Offering of Islamic Securities).

Garis Panduan tersebut, antara lain, menetapkan kriteria dan prosedur bagi pendaftaran dan pembaharuan, perkara-perkara yang berhubung dengan pendaftaran dan nyahdaftar dan pembangunan profesional berterusan. 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup