SC memperolehi RM31 juta untuk pelabur dalam penyelesaian Swisscash
13 November 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperoleh penyelesaian terbesar dalam sejarah membabitkan jumlah sebanyak RM31 juta. Pembayaran ini yang diperoleh melalui penghakiman yang dipersetujui bersama dengan dua orang defendan dalam kes penipuan pelaburan Swisscash, akan digunakan untuk membayar pelabur yang layak yang mengalami kerugian dalam skim penipuan tersebut.

Penghakiman itu, yang dibuat bersama Albert Lee Kee Sien dan Amir Hassan, merupakan hasil kerja keras SC selama tiga tahun dalam memburu pesalah skim penipuan Swisscash yang melibatkan siasatan rentas sempadan merangkumi tujuh negara dan kerjasama pengawal selia asing. Setakat ini, kira-kira 3,000 orang telah mengemukakan aduan kepada SC, mendakwa mereka mengalami kerugian dalam skim tersebut.

Pembayaran itu akan dilakukan berdasarkan pelan pengagihan yang diluluskan oleh mahkamah. Sebaik sahaja kelulusan mahkamah diperoleh, satu pentadbir yang dilantik oleh SC akan menguruskan proses tuntutan itu.

Untuk layak mendapat pembayaran itu, pelabur mesti mengemukakan bukti bertulis mengenai pelaburan pokok mereka. Kriteria lain termasuklah sama ada mereka terus melabur dalam skim tersebut walaupun SC telah mengeluarkan amaran. Pelabur yang juga menjadi pengambil ahli baru atau menjadi ‘upline’ dalam skim tersebut adalah tidak layak. SC akan mengeluarkan satu notis tidak lama lagi untuk menjelaskan mengenai proses bagi pelabur Swisscash yang masih belum mendaftarkan tuntutan mereka.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup