SC mendakwa dua pengarah syarikat tersenarai kerana kenyataan mengelirukan kepada bursa saham
16 April 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mendakwa dua individu kerana dengan sengaja membenarkan peruntukan satu kenyataan yang mengelirukan oleh MEMS Technology Berhad (MEMS) kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa). MEMS tersenarai di pasaran MESDAQ Bursa Malaysia.

Ooi Boon Leong, 48, pemegang saham substantial dan pengarah MEMS didakwa bersama dengan Ronnie Tan Yeow Teck, 48, yang pada masa berkenaan adalah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat tersebut.

Kenyataan mengelirukan tersebut adalah berhubung dengan laporan hasil MEMS berjumlah RM73,416,000 yang terkandung dalam Penyata Pendapatan Gabungan Ringkas belum beraudit bagi tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Julai 2007.

Penyata Pendapatan teraudit MEMS bagi tempoh sama yang kemudiannya diumumkan pada 24 April 2008, mengandungi penolak tuntutan oleh bekas juruaudit statutori syarikat tersebut, Messrs. KPMG.

Dakwaan jenayah dimulakan bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983. Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua mereka dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan dua orang penjamin tiap seorang, dengan syarat pasport mereka diserahkan kepada Mahkamah.

Hakim Puan Rosbiahanin Arifin menetapkan perbicaraan bersama didengar pada 5 Oktober 2009.

Ini adalah pertuduhan kedua bawah seksyen 122B SIA 1983 yang dibawa oleh SC ke mahkamah pada tahun ini. Pada bulan Mac, Tan Chin Han, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Welli Multi Corporation Berhad, didakwa kerana dengan sengaja membenarkan peruntukan kenyataan mengelirukan kepada Bursa berhubung dengan hasil Welli Multi.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup