SC menegur MEMS Technology Berhad dan mengarahkan syarikat itu mematuhi standard pelaporan kewangan
27 Oktober 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengarahkan MEMS Technology Berhad (MEMS) memastikan pematuhan terhadap standard pelaporan kewangan yang diguna pakai dengan memperbetulkan penyata kewangan bertarikh 7 Oktober 2009 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2007 dan 31 Julai 2008 yang akan dikeluarkan semula; serta laporan suku tahunan bagi tempoh enam bulan berakhir pada 31 Januari 2009.

Dalam surat daripada SC hari ini, MEMS diberikan 14 hari untuk membetulkan dan mengeluarkan semula penyata kewangan bertarikh 7 Oktober 2009. Syarikat itu juga dikehendaki mengumumkan kepada Bursa mengenai pembetulan yang dibuat, alasan bagi pembetulan itu dan kesan terperincinya terhadap penyata kewangan syarikat.

Langkah ini diambil ekoran daripada pengakuan MEMS dalam penyata kewangannya yang dikeluarkan semula bahawa syarikat itu tidak mematuhi standard pelaporan kewangan, FRS118 “Revenue”.

Ini adalah kali kedua tahun ini SC mengarahkan syarikat tersebut memperbetulkan penyata kewangannya.

Pada 4 Ogos 2009, SC telah mengarahkan MEMS untuk membetulkan dan mengeluarkan semula penyata kewangannya bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2007 dan 31 Julai 2008 selain memperbetulkan dan mengumumkan semula kepada Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) Penyata Pendapatan Terkumpul MEMS yang belum diaudit bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Januari 2009.

Pada masa itu, SC mengarahkan MEMS untuk membetulkan penyata kewangannya dengan tidak memasukkan sejumlah RM49.183 juta daripada hasilnya bagi ketiga-tiga penyata kewangan tersebut. Asas kepada arahan SC ialah jumlah sebanyak RM49.183 juta itu diperoleh daripada transaksi yang tidak pernah berlaku dilakukan dalam tempoh dan tahun kewangan tersebut.

Siasatan SC mendapati bahawa hasil kumpulan MEMS sebanyak RM53.699 juta yang dilaporkan dalam, penyata kewangan 2007 mengandungi sejumlah RM13.007 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Dalam penyata kewangan 2008, MEMS melaporkan hasil sebanyak RM71.994 juta yang mengandungi sejumlah RM24.161 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Dalam penyata kewangan bagi tempoh enam bulan berakhir pada 31 Januari 2009, MEMS melaporkan hasil sebanyak RM37.366 juta yang mengandungi sejumlah RM12.015 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Jualan ini direkodkan dalam penyata kewangan anak syarikat milik penuh MEMS, Senzpak (M) Sdn Bhd.

Syarikat itu, walaupun bermaksud mengeluarkan transaksi berkenaan daripada penyata kewangannya, telah, dalam penyata kewangan yang dikeluarkan semula yang diumumkan kepada Bursa pada 7 Oktober 2009, menyatakan bahawa penyata kewangan yang dikeluarkan semula itu tidak mematuhi FRS118 “Revenue” disebabkan arahan SC. SC memandang serius ketidakpatuhan MEMS terhadap FRS118 “Revenue” . SC menegaskan bahawa langkahnya mengarahkan MEMS memperbetulkan penyata kewangan yang dikeluarkan semula itu adalah penting bagi memastikan pematuhan terhadap standard pelaporan kewangan oleh MEMS yang tersenarai di Pasaran ACE.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup