SC Mengekalkan Kecekapan yang Tinggi bagi Tempoh Kelulusan di Tengah-tengah Peningkatan Ketara Aktiviti Korporat pada Suku Tahun Kedua

Kuala Lumpur, 16 Julai 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) terus mengekalkan standard kecekapan yang tinggi dalam proses kelulusannya dengan 99 peratus daripada permohonan pelesenan dapat diselesaikan dalam piagam waktu dalam suku tahun kedua (Q2). Ia juga menambah baik masa pusingan bagi penyerahan korporat dengan 94 peratus diproses mengikut had masa, meningkat 92 peratus daripada suku tahunan sebelumnya.

Prestasi yang tinggi ini dikekalkan sepanjang tempoh terdapatnya peningkatan dalam aktiviti korporat berhubung dengan penjanaan dana, pengambilalihan, penubuhan dana baru unit amanah, dan permohonan pelesenan. Ekoran daripada prestasi pasaran saham yang memberangsangkan, terdapat peningkatan 30 peratus dalam penyerahan korporat yang diterima oleh SC sepanjang tempoh suku tahunan kedua 2007.

Terdapat pertumbuhan yang ketara sebanyak 109 peratus dalam jumlah permohonan yang diluluskan oleh SC bagi penubuhan dana baru unit amanah sepanjang suku tahun tersebut. Peningkatan dalam permohonan dana baru adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk proses kelulusan yang lebih cepat di bawah rejim berasaskan penzahiran, pasaran saham domestik yang bulis, peliberalisasian Bank Negara Malaysia terhadap pelaburan luar negara unit amanah sejak April 2007 dan peningkatan permintaan bagi produk unit amanah yang lebih meluas.

Pada umumnya, sentimen pasaran yang positif turut memberi impak terhadap aktiviti penjanaan modal dengan 33 peratus peningkatan dalam cadangan penjanaan modal seperti tawaran persendirian dan terbitan hak, dan penggandaan dalam bilangan penawaran pengambilalihan yang dipertimbangkan dan diselesaikan oleh SC. sepanjang tempoh suku tahun kedua, permohonan pelesenan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 23 peratus.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC mengandungi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan permohonan, termasuk masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik penyerahan suku tahunan berkala yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun kedua 2007 turut dilaporkan.

Siri lengkap statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC dipaparkan di bawah.

Kad Skor SC Q2 2007 & Statistik Penyerahan yang
Diluluskan oleh SC dalam Q2 2007

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup