SC menggesa orang ramai supaya tidak menyerahkan wang kepada ejen pelaburan tidak berlesen
15 April 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggesa orang ramai supaya jangan menyerahkan wang kepada ejen pelaburan tidak berlesen, walaupun dicadangkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sehubungan itu, SC ingin mengingatkan orang ramai bahawa Uzir bin Abdul Samad, (IC No : 720824-01-5543) dan UAS Bistari Management Sdn Bhd (806034-H) tidak diberikan lesen oleh SC untuk menjalankan sebarang aktiviti dikawal selia termasuk mendapatkan wang daripada orang ramai bagi pelaburan dalam sekuriti.

Orang ramai adalah diingatkan supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi yang tidak realistik. Jika skim tersebut dikaitkan dengan pengantara berlesen, pelabur dinasihatkan supaya mengesahkan kesahihan skim tersebut dengan pengantara berlesen berkenaan atau dengan SC. 

Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa orang yang tidak diberikan lesen oleh SC adalah tidak dibenarkan mengutip wang daripada orang lain bagi pelaburan dalam portfolio sekuriti bagi pihak mereka. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melabur dalam pasaran melalui akaun dagangan orang lain, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Akaun dagangan individu adalah untuk kegunaan peribadi pemegang akaun dan tidak boleh digunakan untuk mana-mana dagangan pihak ketiga. 

Sesiapa yang menjalankan aktiviti seperti itu tanpa lesen yang diperlukan, boleh didakwa di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan mengenai skim pelaburan, dinasihatkan supaya menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan SC melalui e-mel di [email protected] atau telefon: 03-62048999 dengan segera. Orang ramai juga dinasihatkan supaya hanya berurusan hanya dengan syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC sebagaimana yang disenaraikan sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup