SC Perkenal Langkah Pertingkat Daya Saing Industri Pengurusan Dana
8 Julai 2015   |   Kuala Lumpur
Kategori Lesen Baharu bagi Syarikat Pengurusan Dana Khidmat Khusus
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan liberalisasi kepada peraturannya yang mentadbir industri pengurusan dana, yang membenarkan penubuhan syarikat pengurusan dana khidmat khusus (boutique) melalui struktur yang lebih dimudahcara.

Berkuat-kuasa serta-merta, pihak yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengurusan dana boleh dilesenkan sebagai syarikat pengurusan dana khidmat khusus dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 berbanding RM2 juta bagi syarikat pengurusan dana dengan perkhidmatan penuh.

Sejajar dengan falsafah pengawalseliaan SC yang menggalakkan keberkadaran kawal selia, keperluan pelesenan akan dibahagikan mengikut saiz dan skala perniagaan dan pelanggan. Syarikat pengurusan dana khidmat khusus boleh mengurus aset sehingga RM750 juta dengan pelanggan tidak melebihi 50 pelabur sofistikated.

Setakat Mei 2015, jumlah asset di bawah pengurusan di Malaysia adalah sebanyak RM662 bilion berbanding RM377 bilion pada 2010. Industri pengurusan dana merupakan segmen pasaran modal yang paling pesat berkembang, dengan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun melebihi 10 peratus sepanjang lima tahun yang lalu.

Untuk meningkatkan kecekapan perniagaan, rangkaian aktiviti yang dibenarkan bagi syarikat pengurusan dana juga akan diperluas kepada memberi nasihat pelaburan kepada pelanggan. Aktiviti pemasaran oleh pemegang lesen juga akan diliberalisasi. Sebagai sebahagian daripada pendekatan berfasa, aktiviti pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan oleh syarikat pengurusan dana kini boleh dijalankan oleh wakil yang berdaftar dengan SC, di samping wakil berlesen.

SC juga memperkenalkan lesen urus niaga terhad secara khusus bagi penawaran sekuriti dan bon di kaunter melalui platform dalam talian, memberikan pelabur akses yang lebih luas kepada pasaran modal melalui model perniagaan yang berinovatif yang dipacu oleh teknologi.

Licensing Handbook dan Guidelines for Registered Person yang dikemas kini boleh didapati di laman sesawang SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup