SC terbitkan Nota Panduan mengenai Pecahan Saham

Penasihat Utama tidak perlu Mengemukakan Cadangan, Pelaksanaan dalam tempoh 3 bulan

Kuala Lumpur, 18 November 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu set nota panduan mengenai pecahan saham bagi syarikat awam tersenarai.

Nota Panduan 8A yang diterbitkan menurut Bab 8 (Penawaran Ekuiti) Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti (Policies and Guidelines on Issue/Offer of Securities) menyatakan, antara lain, bahawa syarikat tersenarai tidak perlu melantik penasihat utama untuk mengemukakan cadangan sedemikian, dan pecahan saham yang diluluskan mesti dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

SC berkata bahawa ia akan mempertimbangkan cadangan pecahan saham berdasarkan pendekatan pengisytiharan dan mengambil kira aspek tadbir urus korporat dan kepentingan negara atau dasar awam dalam cadangan tersebut, sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan utama, ketika menilai cadangan pecahan saham.

Nota Panduan 8A boleh didapati di tapak web SC di sini

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup