SC - UNCDF Memacu Ekosistem Inovasi Fintech Islam bersama FIKRA
25 Mei 2021
Program Pemecut global pelawa penyertaan bermula hari ini

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF), melalui program Centre for Financial Health, hari ini melancarkan program inovasi untuk membangunkan ekosistem inovasi fintech Islam yang rancak dalam pasaran modal Islam (ICM) Malaysia
Program yang dikenali sebagai FIKRA Islamic Fintech Accelerator (FIKRA) dilancarkan hari ini dengan inisiatif pertamanya, pemecut (accelarator) pertama yang memberi tumpuan kepada fintech untuk ICM di Malaysia. FIKRA bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai penyelesaian fintech Islam yang relevan dan inovatif yang dapat membantu menangani tiga bidang cabaran utama, iaitu, penawaran ICM baharu, kemudahan akses dan integrasi kewangan sosial*.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, "Fintech Islam dalam pasaran modal Malaysia masih pada tahap yang baru, tetapi mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat dengan ekosistem yang tepat. Pemecut tersebut dan inisiatif selanjutnya di bawah FIKRA akan memacu pembangunan fintech Islam di samping mewujudkan ekosistem yang memupuk bakat, dana inovasi, mengkomersialkan idea dan penyelesaian, serta mewujudkan pekerjaan dan peluang."

FIKRA direka bentuk untuk mengubah idea menjadi penyelesaian hidup nyata yang membawa penginovasi melalui keseluruhan rantaian nilai daripada penghasilan idea, pengesahan penyelesaian, pembangunan prototaip, melaksanakan pengumpulan dana, sehingga mempersiapkan pemohon untuk menarik bakal pelabur secara berkesan dan lain-lain lagi.

Syarikat pemula niaga (start-up) Fintech yang mengambil bahagian dalam inisiatif pemecut pertama FIKRA akan mendapat manfaat daripada panduan kawal selia, bimbingan program, rangkaian sosial, dan lain-lain. Metodologi yang digunakan UNCDF untuk program ini adalah berdasarkan pengalamannya sebelum ini menyahut cabaran inovasi melalui Makmal Inovasi Kewangan (FinLab) mereka dan kini diperkembangkan untuk menangani inisiatif berkaitan kewangan di bawah Centre for Financial Health

"Untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), adalah penting untuk memastikan bahawa penawaran produk menumpukan kepada daya tahan dan keselamatan kewangan bagi mereka yang menerima khidmat kami," menurut Preeti Sinha, Setiausaha Eksekutif UNCDF. "Ketika kami berusaha untuk meningkatkan penyertaan pasaran, FIKRA akan menjadi saluran bagi para penginovasi untuk mengembangkan penyelesaian mereka yang berpotensi emberikan dorongan yang amat diperlukan dan tepat pada masanya untuk ICM Malaysia. Kami berharap akan menjalin kerjasama dengan SC dalam inisiatif inovatif ini."

Peserta juga berpeluang bekerjasama dengan rakan industri FIKRA seperti Bank Islam Malaysia, Gobi Partners, Kenanga Investment Bank, dan Permodalan Nasional Berhad.

Program tersebut kini dibuka untuk pendaftaran, dan dijadualkan bermula pada Julai 2021 selama tiga bulan, dan menjadi kemuncak hari demo maya awam ketika Persidangan Fintech SCxSC 2021.

* Untuk maklumat lanjut, dan memohon program pemecut, layari laman web UNCDF. Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2021.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup